Friday, April 15, 2011

Hukum pemakaian gelang kaki bagi wanita

Sekiranya gelang kaki itu mempunyai loceng atau yang seumpamanya, maka memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya.

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng”


Firman Allah S.W.T surah An-Nur ayat 31:-
Maksudnya:
”Katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menutup pemandangan dan menjaga kehormatannya. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka selain dari yang biasanya nyata kelihatan.

Hendaklah mereka tutupkan tudung mereka hingga ke leher dan dada mereka. Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa suami mereka, anak -anak mereka, anak-anak suami mereka, saudaranya, anak saudaranya, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan mereka dan perempuan -perempuan mereka atau hamba sahaya mereka, atau orang yang mengikut mereka, di antara lelaki yang tiada mempunyai shahwat kepada perempuan, dan juga kepada yang belum ingin melihat aurat perempuan. 

Janganlah mereka berjalan sambil menggoyangkan kaki mereka supaya dapat diketahui orang perhiasannya. Bertaubatlah kamu sekelian kepadaNya hai sekelian orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”


Dari keterangan ayat di atas jelas dilarang menghentak kaki supaya menarik perhatian terhadap perhiasan yang dipakai. Maka sama juga jika diletak loceng pada rantai kaki dan rantai tangan, ia akan berbunyi dan bunyi akan menarik perhatian org lain. Maka Hukumnya adalah Haram.


Sumber:
http://ibnuabbas.wordpress.com/soaljawabagama/
Ibnu Abbas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...