Friday, April 15, 2011

Scan Hati: Ikhlaskah kita?



Scan Hati: Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi (huzuzun nafsi). Tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.





Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud: “Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaku yang Aku mengasihinya”

Kita hanya dapat mengenal simptom luarannya sahaja. Mari kita suluh hati kita, benarkah ikhlas atau sebaliknya.

Tanda seseorang itu ikhlas di antaranya:
1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji hati tdak berbunga, dikeji hati tidak pula derita, kerana hatinya sudah dengan Allah, tidak terganggu dengan kata-kata makhluk.
2. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau dia dikeji hatinya boleh menerimanya. Hati kecilnya berkata, " Aku hamba memanglah ada cacat celanya, patutlah kena keji"
3. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak membantunya.
4. Kalau dia membuat ibadah atau

Read more... Baca lagi..

Panggilan Yang Baik


  “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah  pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana)   harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.  (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”   
-Al-Hujuraat ayat 11-

Read more... Baca lagi..

Berdoalah ketika Ayam Berkokok..

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيْكَةِ فَاسْأَلُوا اللهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيْقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوْا بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya: Apabila kamu sekalian mendengar ayam jantan berkokok, mohonlah rahmat Allah SWT kerana ia sedang melihat Malaikat. Tapi apabila engkau mendengar keldai berbunyi (suaranya), mintalah perlindungan kepada Allah SWT dari gangguan syaitan kerana sesungguhnya ia melihat syaitan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Wallahualam.
Read more... Baca lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...